Belia Yang Bukan Belia, Pelajar yang Bukan Pelajar.
Nama persatuan melambangkan ahli-ahlinya dari belia atau pelajar, tetapi hakikatnya jauh dari kebenaran. Mengapalah perlu ada pemimpin persatuan belia yang usianya menjangkau 60an? Atau pemimpin persatuan pelajar yang terdiri dari bukan pelajar. Ini hanya berlaku di Malaysia, yang amat memalukan ialah mereka bertelagah untuk menjadi pemimpin sedangkan yang patut memimpin (belia dan pelajar) di ketepikan.
Sepatutnya peluang menjadi pemimpin kita serahkan kepada yang berhak memimpin iaitu golongan pelajar dan belia. Dalam tahun 60an dan 70an, pemimpin-pemimpin persatuan-persatuan ini memang pelajar dan belia. Sdr Husin Mahmud, Sdr Said Radzi dan juga Pak Lah sendiri memimpin GPMS semasa mereka menjadi mahasiswa universiti. Dan pucuk kepimpinan ini di serahkan kepada mereka yang masih menuntut salepas mereka lulus dan keluar dari universiti.
Umum tahu akan kemelut yang dihadapi persatuan-persatuan ini. Tidak bolehkah pemimpin-pemimpin yang dah nyanyuk ini memberi laluan kepada darah muda? Kurangkah pelajar universiti kita maka kita harus mengambil mahasitua(saperti kata Dato Seri Nazri Aziz) ini ini untuk memimpin kita?
Selagi mahasitua ini masih igin mengekal kuasa dalam persatuan-persatuan ini selagi itulah kita menghadapi masalah ini.
Di UK, kita tidak pernah mendengar pemimpin NUS (National Union of Students) dari kumpulan mahasitua. Biasanya mereka terdiri dari pelajar yang sanggun mengambil masa dengan mengambil cuti setahun dari belajar untuk memimpin persatuan. Kita mahu lebih mahasiswa yang sanggup berkorban saperti demikian.
Tunggu dan lihatlah.......

0 Comments:
Post a Comment
<< Home